2. DEFINISI BAHASA
Ada banyak definisi bahasa, dan tidak ada satu pun yang memuaskan. Kita semak saja definisi Sapir ini (1921) bahawa bahasa adalah kaedah manusiawi bagi mengkomunikasikan idea, emosi dan kemahuan melalui sistem simbol yang dizahirkan secara voluntari” (a purely human and non-instinctive method of communicating ideas, emotions, and desires, by means of a system of voluntarily produced symbols.) Dalam definisi ini ada lima perkara penting iaitu bahwa bahasa itu:
Bahasa itu bersifat manusiawi (human)
Bahasa itu boleh dipelajari (non-instinctive)
Bahasa itu bersistem (systemi)
Bahasa itu dizahirkan secara voluntari (voluntarily produced)
Bahasa itu terdiri daripada simbol-simbol (symbols)
Di bawah ini dijelaskan kelima-lima perkara yag menjadi isi penting definisi bahasa di atas.
1. Bahasa itu manusiawi
Hanya manusia yang mempunyai sistem simbol bagi berkomunikasi. Memang benar bahawa haiwan lain seperti binatang juga berkomunikasi, dan mempunyai sistem bunyi, tetapi sistem itu bukanlah terdiri daripada perkataan-perkataan. Dengan demikian mereka tidak memiliki bahasa. Manusia sudah berbahasa sejak awal sejarah manusia, dan bahasa inilah yang membezakan manusia daripada makhluk lain; hingga membuat manusia dapat berfikir.
2. Bahasa itu boleh dipelajari
Manusia ketika dilahirkan tidak dapat berbicara. Kanak-kanak yang tidak mempunyai perhubungan dengan orang lain yang berbahasa seperti dirinya sendiri dapat dengan sedirinya mengembangkan bahasanya bagi memenuhi tujuan komunikasinya. Namun bahasa tidaklah ada pentingnya sekiranya digunakan untuk diri sendiri. Sekurang-kurangnya haruslah ada dua orang supaya ada proses komunikasi. Memang benar bahawa seseorang dapat berkomunikasi dengan dirinya, namun komunikasi seperti tidak memerlukan perkataan-perkataan.
3. Bahasa itu bersistem
Bahasa memiliki seperangkat peraturan yang dikenali oleh penuturnya. Perangkat inilah yang menentukan struktur apa yang diucapkannya. Struktur ini disebut tatabahasa atau grammar. Walau sebagaimana primitifnya suatu masyarakat penutur bahasa, bahasanya itu sendiri bekerja menurut seperangkat peraturan yang teratur. Kenyataan bahawa bahasa sebagai sistem adalah persoalan penggunaan dan kebiasaan (usage); bukan ditentukan oleh mana-mana jawaankuasa atau lembaga pengurus. Peraturan ini dibuat dan dirubah oleh cara orang-orang yang menggunakannya. Peraturan ini wujud kerana para penuturnya menggunakan bahasa dalam cara tertentu dan tidak dalam cara lain. Oleh kerana ada persetujuan menyeluruh tentang peraturan ini, maka orang menggunakan bahasa dalam cara tertentu yang memiliki makna. Oleh sebab ada persetujuan inilah, maka kita dabap mempelajari dan mengajarkan bahasa apa saja.
4. Bahasa itu dizahirkan secara voluntari
Kemahiran manusia mempergunakan bunyi-bunyi, dan disusun dalam cara tertentu pula adalah secara kebetulan saja. Orang-orang menggunakan perkataan bagi melambangkan sesatu benda, sebagai contoh perkataan kuda adalah ditujukan khusus untuk ”binatang berkaki empat tertentu kerana orang lain berbuat demikian. Demikian pula ayat berbeza dari satu bahasa ke bahasa lainnya. Dalam bahasa Latin kata kerja selalunya terletak pada posisi akhir, dalam bahasa Perancis kata sifat diletakkan setelah kata benda seperti juga dalam bahasa Melayu. Ini semuanya adalah secara kebetulan voluntari saja.
5. Bahasa itu terdiri daripada simbol-simbol yang arbiterari
Bahasa terdiri atas rentetan simbol arbitrer yang memiliki makna. Kita boleh menggunakan simbol-simbol ini untuk berkomunikasi sesama manusia, kerana manusia sama-sama memiliki perasaan, gagasan, dan hasrat. Dengan demikian kit a menerjemahkan orang lain atas acuan pada pengalaman diri sendiri. Jikalau kita mengerti ujaran orang yang berkata: "Saya lapar," ini kerana kita pun biasa mengalami peristiwa lapar itu. Sistem simbol-simbol ini memungkinakan kita mengungkapkan sesuatu dengan menggunakan perantaraan simbol-simbol. Maksudnya adalah, sistem bahasa apapun memungkinkan kita membicarakan sesuatu walaupun kita tidak berada di lingkungan tersebut. Kita juga boleh membicarakan sesuatu peristiwa yang sudah terjadi atau yang akan terjadi. Ini dapat dilakukan kerana bahasa memiliki daya simbolik bagi membicarakan konsep apapun juga. Ini pulalah yang memungkinkan manusia memiliki daya penalaran atau reasoning.
Demikianlah lima perkara hakikat bahasa manusia sebagai alat berkomunikasi dan inilah yang menjadi ciri-ciri yang membezakannya daripada mahluk lain.
Tugasan:
1. Apakah yang dikatakan komunikasi?
2. Apa berlaku sekiranya tidak ada bahasa?
3. Apa yang terlibat dalam komunikasi?
4. Apa maksud fungsi bahasa sebagai menyatakan fikiran?
5. Apa lagi yang dikomunikasikan secara bukan lisan?
6. Apa maksud pernyataan?
7. Apakah yang dikatakan pernyataan benar dan pernyataan salah?
8. Apa kekurangan mendefinisi makna sebagai pernyataan benar dan pernyataan salah?
------
Tugasan 12 Julai 2007
Sila ambil perhatian.
1. Buka entri rekod kumpulan dan kehadiran bagi mengetahui kumpulan anda untuk kehadiran kuliah.
2. Buka entri kumpulan tugasan dan prosedur menghantar tugasan.
3. Buka blog masing-masing untuk menghantar tugasan.
------------
Pemberitahuan Kumpulan dan Tugasan 12 Julai 2007Sila ambil perhatian.
1. Buka entri rekod kumpulan dan kehadiran bagi mengetahui kumpulan anda untuk kehadiran kuliah.
2. Buka entri kumpulan tugasan dan prosedur menghantar tugasan.
3. Buka blog masing-masing untuk tugasan.
a. http://sosiolinguistik.blogspot.com/ untuk kuliah
b. http://sosiolinguistiktugasan1.blogspot.com/ untuk tugasan kumpulan 1.
c. http://sosiolinguistiktugasan2.blogspot.com/ untuk tugasan kumpulan 2.
d. http://sosiolinguistiktugasan3.blogspot.com/ untuk tugasan kumpulan 3.
No comments:
Post a Comment