Kuliah 4
30 Julai 2007
Basil Bernstein: Hipotesis Defisit Bahasa
Bahawa kanak-kanak kelas menengah yang menuturkan bahasa yang lebih canggih (sempurna) adalah lebih mampu belajar berbanding dengan kanak-kanak kelas rendah yang tidak menuturkan bahasa canggih (sempurna).
Ini adalah kerana bahasa kanak-kanak kelas rendah tidak lengkap. Oleh kerana itu mereka tidak dapat belajar ilmu semudah kanak-kanak kelas menengah.
Oleh sebab itu, Mereka sentiasa berada dalam keadaan defisit ilmu.
Ciri-Ciri Bahasa Kelas Rendah
Ayat pendek, selalu tidak lengkap
Kerap menggunakan kata hubung, so, ok, lepas tu, ok,
Jarang menggunakan ayat kecil bagi membincangkan pemikiran kompleks dalam
Tidak mampu bertutur dalam bahasa rasmi menggunakan ayat2 panjang
Bilangan adjektif dan adverba sedikit (semua cun, best dan power)
Banyak frasa "kalau…" tidak pasti, bersyarat
Tahu benda nyata, konkrit, simbolisme (bodoh! belot!)
Banyak tidak yakin pada diri, bertanya balik .. kan? Sebagaiama diketahui umum
Bahasa tuturan: dia orang, dll, dialek: jom!
Ciri-Ciri Bahasa Kelas Tinggi
Unsur tatabahasa, ayat, imbuhan, digunakan dengan lengkap.
Menggunakan kata hubung, intonasi yang sesuai bagi menunjukkan struktur dan bahagian ayat
Menggunakan kata sendi nama yang sesuai bagi menunjukkan hubungan dan kesimpulan
Banyak menggunakan saya
Menggunakan adjektif dan adverba yang sesuai
Ayat dan frasa menggunakan tanda hubung yang sesuai
Kata abstrak, simbolisme digunakan: (pandir = bodoh; kitol = pembelot) dll.
Mampu mengungkapkan konsep kompleks
Bahasa Lisan dan Tulisan
Bebas dan terkawal
Mesra dan rasmi
Gramatis
Bahasa Tulisan
Umum
Rapi
Bahasa Lisan
Tuturan
Substandard
Rapi
Tahap penguasaan
Tahap yang berpadanan, menurut tahap pendidikan dan umur (orang berilmu bercaakap seperti orang tidak berilmu, kanak-kanak dalam drama bercakap seperti dewasa, dewasa bercakap seperti perempuan)
Tahap memahami beza bentuk dan fungsi, menggunakan bentuk yang sesuai dengan fungsi. Bahasa manja tidak digunakan dalam konteks rasmi. Bahasa tuturan bukan untuk majlis.
Tahap keberdayaan
Tahap fungsional: dapat faham, menyatakan sesuatu
Tahap budaya:
Kewajaran: logik
Kematangan: sesaui dengan tahap pemikiran
Kelancaran: mekanik dan dinamik
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment